JomKursusKahwin

FAQ ( Soalan Lazim )

Pusat kursus kami diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menganjurkan kursus pra-perkahwinan menggunakan modul MBKPPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sijil kursus pra-perkahwinan dikeluarkan sendiri oleh pihak JAWI dan sah untuk digunakan bagi memohon kebenaran bernikah. Pihak kami hanya bertindak sebagai penganjur kursus.

Yuran kursus adalah RM120.00 seorang. Tiada sebarang caj atau bayaran tambahan yang dikenakan pada para peserta.

Kursus pra-perkahwinan kami diadakan pada setiap minggu, hari Sabtu dan Ahad. Bakal peserta boleh memilih mana-mana tarikh yang disukai untuk menghadiri kursus ini. Bagi mereka yang sudah merancang untuk berkahwin, kami mencadangkan agar anda menghadiri kursus ini secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan kelam-kabut bagi proses permohonan kebenaran bernikah sekiranya sudah terlalu dekat dengan tarikh perkahwinan.

Pemakaian hendaklah kemas,sopan dan menutup aurat. Seluar jeans dibenarkan. Lelaki: Baju berkolar. Tidak boleh pakai anting-anting, rantai leher atau gelang tangan. Perempuan: Bertudung. Baju yang ketat, nipis atau jarang tidak dibenarkan.

Tiada sebarang ujian atau temuduga sepanjang kursus ini. Peserta hanya perlu mendengar ceramah-ceramah bagi setiap sesi.

Setiap peserta hendaklah memenuhi kehadiran bagi setiap sesi yang telah ditetapkan dan menandatangani penuh senarai kehadiran yang diedarkan oleh penganjur pada setiap sesi. Peserta yang lewat melebihi 15 minit setelah sesi bermula dan tidak menandatangani penuh senarai kehadiran dianggap tidak hadir dan tidak layak menerima sijil kursus pra-perkahwinan.

Sijil akan siap dalam masa 3 hari selepas tamat kursus.